Friday, November 11, 2011

saya sangat kagum.....

Hye salam selamat kepada semua pembaca blog saya(perasan pulak macam ada ramai pembaca..heheee)

Entry kali ini saya nak kongsi pasal kekaguman saya mengenai kerajinan seorang lelaki aka Abah dan adik ipar saya…Kisah ini saya petik daripada keluarga mertua saya , pak mertua saya yang saya panggil abah dan adik ipar saya…

Actly saya sangat-sangat tak sangka yang abah ini seorang yang sangat rajin ini kerana saya tak pernah tengok seorang lelaki yang bergelar ketua keluarga mengemas rumah , basuh dan angkat baju serta lipat baju…(pernah tengok sekali ajer biler saya sakit suami saya basuh dan sangkut baju)…kalau bab adik ipar saya pulak dia kemas dan basuh pinggan…owhh rajin…tq adik iparku…saya bukannya nak puji atau bodek tapi saya tak pernah tengok macam nie sebelum ini dan nak meluahkan rasa bangga sebab family mertua saya ini jenis rajin(lucky jadi sebahagian family tu)… abang pernah cerite abah ajar dan didik anak anak ala tentera … berdisiplin … yeahh ia sangat berkesan sebab didikan abah tu lah menjadikan mereka tak kekok pegang penyangkut baju dan mop…sangat bertuah biler dalam keluarga tu ada 4 hero tapi dalam hati masing masing ada bunga (rajin mengemas)…

Hmmmm…kalau diikutkan perkara macam nie saya jumpa lepas saja saya berkahwin …sebab kalau dalam family saya yang buat semuaaaaaaaaaaaaa kerja umah mak saya ajer…daripada masak sehinggalah mencuci tandas…semua mak yang buat…kalau nak harapkan yang lain confirm berlumut tandas umah…(sian mak)…

Kadang-kadang saya tertanya , kalau seorang wanita yang bergelar suri rumah adakah 100% kerja umah perlu letak atas bahu dia semata…dan adakah lelaki yang ditugas mencari nafkah jatuh martabatnya apabila membuat kerja umah…? Soalan inilah yang selalu berlegar di kepala saya dan tak tau nak tujukan pada siapa…bukan kah kalau buat kerja umah bersama dapat menambahkan lagi kemesraan antara pasangan…tambahan pula isteri akan rasa sangat seronok dan pasti akan menceritekan kerajinan suami masing-masing kalau suami mereka jenis yang rajin…hahaaaa….

Tapi kan kawan kawan andai perkara macam ni ibu bapa didik mereka (lelaki) cara kemas rumah, sapu sampah, cuci tandas dan sebagainya sejak dari kecil ia akan menjadi kebiasaan bagi kaum adam ini …so tak la kekok sangat diorang nak pegang penyangkut baju dan penyapu lidi pokok kelapa)… mana ada orang nak tinggal dalam keadaan rumah yang berselerak … seserabai mana pun seorang lelaki dia mesti nak tengok rumah bersih dan teratur…

Tiba tiba tu pulak saya teringat satu kisah masa saya demam , saya tak sangka suami saya sudi kemas baju , basuh baju dan masak untuk saya …(tq abg)…dan saya teringat satu kisah lain macam mana seorang isteri sakit tak boleh bangun tapi suami tak tolong pun dia buat kerja umah…namun demikian si isteri tetap cekal dan gagahkan diri untuk buat kerja umah semua sebab tak sanggup tengok rumah berselerak…

Pada kaum lelaki semua , even setinggi mana pun jawatan anda di jabatan ,isteri akan rasa dihargai jika anda sudi untuk ringankan tangan buat kerja rumah bersama-sama…para suami kenalah rajin tolong isteri tak kisahlah sama ada isteri anda bekerja atau pun surirumah(macam saya)…

Oklah kawan kawan cukup sampai sini dulu la yer…sampai ketemu..

Hug n kisses

Farah waheeda abu hanipah

Ps---à> best kalau dapat suami yang rajin dan I ada satu….tq allah…..

sila lihat ini lah abah mertua saya......rajin kan....

pak mertua korang pernah buat macam ni tak kat menantu..?..tak pernah kan....tp saya pernah....hahahaaaa...

4 comments:

nadia denise said...

Like this post!

White Eagle said...

Hmmmm..

Ada jer pembaca setia.. :-)

Dalam family akak semua kerja mak yang buat?

Adik beradik esp perempuan akak sorang jer?

a.n.i.a.a.m.u.r.a.h.a.b.b.l.o.g.s.p.o.t. said...

so i guess u r da one dat very lucky to hav them.. n pray 4 ur hepiness..

PahlaviFarah said...

nadia dear...tq yer....
white eagle..owhhh tq tq....yup lepas akak kahwin mak tingal umah semua mak buat....akak ada 4 beradik...akak sulung no 1 ..dua tegha lelaki ..bongsu pompuan....
aina......thank baca blog akak....