Friday, November 25, 2011

Ini yang saya rasa......

Salam kawan-kawan…
Bertemu kite kali ini…untuk pengetahuan kawan kawan sekalian saya dah tak active Facebook saya lagi atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan…ini bermakna tak ada sebarang gambar atau video yang akan saya upload…ntah la..rasa rasa macam bosan dan tertekan dengan Facebook nie…tapi itu mungkin bersikap sementara dan kalau keadaan ok saya akan active semula…

Entry saya kali ini saya nak ceritakan mengenai kehidupan saya di rumah sebagai ibu dan pekerja kepada majikan saya…huhhhh….perkataan pertama yang saya nak sebut ialah Tension!!!!.....sangat sangat tension sebab dalam masa yang sama saya kena jaga Pea…bukan saya menyesal untuk semua ini tapi ini satu cabaran untuk saya hadapi dan menguji sejauh mana tahap dan keupayaan saya..Insya allah saya akan jaga Pea sampai dia besar,,,saya sayang Pea!!!!!!!!

Ya Allah ,,,kadang saya minta sangat Allah bagi kekuatan dalam diri saya untuk kuat semangat dalam menjaga dan membesarkan Pea…Kadang saya terfikir Pea macam tak dapat kasih sayang yang secukupnya ini kerana saya terlalu sibuk dengan kerja pejabat saya(even saya hanya di rumah)…tekanan macam nie yang kadang membuatkan saya rasa owhh ntah la tak tau nak cakap apa yang saya rasa..ditambah pulak dengan Pea yang nangis akibat jatuh….dan menangis sekuat hati…pastu bile makin membesar dia semakin lasak…bertambah lagi tekanan perasaan yang saya alami..ini menyebabkan saya kadang berada di dalam keadaan murung…

Perkara yang berlaku ini saya sebenarnya tak tau nak luahkan pada siapa…semua saya pendam dan hadapi walau hati saya sentiasa tak tenang ….saya terpaksa dan perlu kuatkan semangat untuk hadapi dan saya anggap ini semua ujian Allah untuk menguji tahap kesabaran saya…
Setiap hari selepas sembahyang saya akan memohon pada Allah untuk kuatkan semangat saya….(kebetulan pada masa tu Pea sedang memandang saya sembahyang)….saya mohon untuk Allah beri kemudahan kepada saya untuk mendidik dan menjaga Pea sampai dia besar…..

Sesungguhnya kawan kawan memang manis menjaga anak di rumah sebab ini akan menyebabkan hubungan antara anak dan ibu jadi akrab..saya memang nak tengok Pea membesar sebagai anak yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti….sebab korang mesti tau kan macam mana anak anak remaja masa sekarang…

Remaja sekarang semakin berani membuat perkara perkara yang mengambarkan betapa ceteknya ilmu kerohanian diorang…memang kadang masalah social ini semua ini punca utama kurang kasih sayang daripada ibu bapa…saya memang tak nak perkara begini berlaku pada semua anak remaja sebab saya sendiri pun ada Pea ….bile saya terbaca ..terdengar dan terlihat perkara yang tak sepatutnya saya sering mengambarkan bahawa saya ada anak perempuan Ya Allah saya mohon semua perkara itu jauh dari anak saya…Amin …itu lah penting didikan untuk Pea…

Berbalek pada Tension saya tadi … Biler dah tension macam nie saya rasa seperti ingin bebas tak nak fikir kerja dan yang saya tau saya bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa…ada jugak kawan kawan saya biler dah kahwin berhenti kerja sebab nak besarkan anak dan jaga anak sendiri … yerrr itu memang sangat menyeronokkan kalau100% masa kite untuk rumahtangga….tapi tidak bagi saya yang perlu portionkan masa saya 800pagi-530petangmasa kerja…530petang dan ke atas masa untuk rumahtangga kemas dan sapu umah…sidai baju yang dah 4 jam setengah dalam mesin basuh…masak…siapkan Pea…pastu baru dapat rehat sekejap..….tapi itu lah kadang berlaku baju bertimbun tak lipat dan baju en suami lambat saya iron…rumah lambat bersapu..mana nak masak lagi..mana nak kemas umah lagi….semua ini membuatkan saya terkejar kejar …bagi saya masa 24 jam memang tak cukup untuk saya ….tapi nak buat macam mana itu la yang saya kena hadapi ntah tak tau sampai biler…saya sayang kerja saya dalam masa yang sama saya nak jaga Pea sendiri…Saya hanya berserah pada Allah ..dan Insya Allah saya akan hadapi semua ini dengan cekal…Amin…..
inilah Pea baby masa dalam pantang kena mandi dengan nenek....

Ok kawan kawan pembaca…..jumpa di lain entry…..Salam

Hug n Kisses…
Farah Waheeda Abu Hanipah

Ps------->>; Pea makin lasak dan asyik terjatuh…semoga saya diberikan kekuatan dan semangat yang cekal untuk hadapi semua dugaan ini….AMin……..

Wednesday, November 16, 2011

Berdua Bersatu

Berdua Bersatu - Forteen

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

Salam….Hye kawan kawan… korang sure pernah dengar lagu ni kan….kat Hotfm kat Era.fm…kat Suria fm dan kat Kedah fm serta mutiara fm(radia rtm Pulau pinang)…saya rasa lagu ini tengah popular untuk didengar tapi bukan untuk dihayati… untuk dengar memang saya akui lagu nie agak best dan kalau saya dengar radio kat umah mesti jerit jerit dengan pea…sebab tang corus tu best…

Lagu berdua bersatu mungkin jadi siulan bagi mereka yang sedang kemaruk dan hangat bercinta … tapi korang kena baca betul betul lirik ini …fahami lirik ini….contoh “jika dengan mu salah,ku tak mahu yang benar””jika dengan mu rebah biarla ku tercalar”…dalam konteks ni si pasangan sanggup menerima kesilapan pasangan masing masing ..tapi kalau dalam situasi saya la even dalam masa bercinta dulu saya nak segala yang benar benar….korang nak ker kalau bf korang cakap tipu ngan korang….janji macam macam tapi satu apa pun tak buat…sure semua orang tak nak kan… …bagi saya la kan sori memang tak boleh accept…!!!!! Even saya yang dah kahwin nie pun kalau buat salah suami saya tegur dan siap kena marah lagi saya….warghhhhh….ini menunjukkan bahawa kalau kite buat salah pasangan kena tegur tapi bukan redha dan terima kesalahan itu…sebab makan dalam nanti….

Cinta itu buta bagi yang memang tak mengerti maksudnya Cinta…Buta macam mana pun cinta tu semua orang nak yang sempurna sebab kesempurnaan itu lah yang dapat membahagiakan kehidupan….

saya akui saya pun pernah gak bercinta…tapi saya rasa saya agak cerdik jgk la masa tu … bagi kawan kawan pembaca sekalian korang pun kalau dalam bercinta kena la hati hati dengan janji pasangan korang…sebab selagi korang(gurl) belum jadi milik dorang(lelaki)…memang semuanya indah dan kalau boleh nak petik bintang tu jadi hiasan dulang hantaran…setiap janji dorang(lelaki) korang(gurl) boleh pegang tapi jangan telan bulat bulat sebab itu kadang mungkin dusta…sehebat mana pun janji lelaki tu korang kena dan perlu berhati hati….sebab masa bercinta memang manis .... masa bercinta cela semua tak nampak…..cuba masuk tahun ketiga perkahwinan semua perangai keluar….masa tu korang nak marah dah payah sebab masa pasangan buat salah dulu tak tegur dan pakai terima ajer…so akibatnya berlakula pergolakkan dalam hubungan(ya allah minta jauh..amin)…

saya rasa mcam dah ketandusan idea la pulak nak cakap apa …masa mula mula dengar dan baca lirik lagu ni banyak rasa idea nak dicurahkan tapi tetiba pulak macam buntu tapi mungkin sebab pea tengah jerit minta susu ini…

ok lah kawan pembaca sekalian….jumpa lagi dilain entry…..salam….

hug n kisses

farah waheeda abu hanipah

ps>>>>teringat zaman muda muda dulu … hahaaa…peace…..

Friday, November 11, 2011

saya sangat kagum.....

Hye salam selamat kepada semua pembaca blog saya(perasan pulak macam ada ramai pembaca..heheee)

Entry kali ini saya nak kongsi pasal kekaguman saya mengenai kerajinan seorang lelaki aka Abah dan adik ipar saya…Kisah ini saya petik daripada keluarga mertua saya , pak mertua saya yang saya panggil abah dan adik ipar saya…

Actly saya sangat-sangat tak sangka yang abah ini seorang yang sangat rajin ini kerana saya tak pernah tengok seorang lelaki yang bergelar ketua keluarga mengemas rumah , basuh dan angkat baju serta lipat baju…(pernah tengok sekali ajer biler saya sakit suami saya basuh dan sangkut baju)…kalau bab adik ipar saya pulak dia kemas dan basuh pinggan…owhh rajin…tq adik iparku…saya bukannya nak puji atau bodek tapi saya tak pernah tengok macam nie sebelum ini dan nak meluahkan rasa bangga sebab family mertua saya ini jenis rajin(lucky jadi sebahagian family tu)… abang pernah cerite abah ajar dan didik anak anak ala tentera … berdisiplin … yeahh ia sangat berkesan sebab didikan abah tu lah menjadikan mereka tak kekok pegang penyangkut baju dan mop…sangat bertuah biler dalam keluarga tu ada 4 hero tapi dalam hati masing masing ada bunga (rajin mengemas)…

Hmmmm…kalau diikutkan perkara macam nie saya jumpa lepas saja saya berkahwin …sebab kalau dalam family saya yang buat semuaaaaaaaaaaaaa kerja umah mak saya ajer…daripada masak sehinggalah mencuci tandas…semua mak yang buat…kalau nak harapkan yang lain confirm berlumut tandas umah…(sian mak)…

Kadang-kadang saya tertanya , kalau seorang wanita yang bergelar suri rumah adakah 100% kerja umah perlu letak atas bahu dia semata…dan adakah lelaki yang ditugas mencari nafkah jatuh martabatnya apabila membuat kerja umah…? Soalan inilah yang selalu berlegar di kepala saya dan tak tau nak tujukan pada siapa…bukan kah kalau buat kerja umah bersama dapat menambahkan lagi kemesraan antara pasangan…tambahan pula isteri akan rasa sangat seronok dan pasti akan menceritekan kerajinan suami masing-masing kalau suami mereka jenis yang rajin…hahaaaa….

Tapi kan kawan kawan andai perkara macam ni ibu bapa didik mereka (lelaki) cara kemas rumah, sapu sampah, cuci tandas dan sebagainya sejak dari kecil ia akan menjadi kebiasaan bagi kaum adam ini …so tak la kekok sangat diorang nak pegang penyangkut baju dan penyapu lidi pokok kelapa)… mana ada orang nak tinggal dalam keadaan rumah yang berselerak … seserabai mana pun seorang lelaki dia mesti nak tengok rumah bersih dan teratur…

Tiba tiba tu pulak saya teringat satu kisah masa saya demam , saya tak sangka suami saya sudi kemas baju , basuh baju dan masak untuk saya …(tq abg)…dan saya teringat satu kisah lain macam mana seorang isteri sakit tak boleh bangun tapi suami tak tolong pun dia buat kerja umah…namun demikian si isteri tetap cekal dan gagahkan diri untuk buat kerja umah semua sebab tak sanggup tengok rumah berselerak…

Pada kaum lelaki semua , even setinggi mana pun jawatan anda di jabatan ,isteri akan rasa dihargai jika anda sudi untuk ringankan tangan buat kerja rumah bersama-sama…para suami kenalah rajin tolong isteri tak kisahlah sama ada isteri anda bekerja atau pun surirumah(macam saya)…

Oklah kawan kawan cukup sampai sini dulu la yer…sampai ketemu..

Hug n kisses

Farah waheeda abu hanipah

Ps---à> best kalau dapat suami yang rajin dan I ada satu….tq allah…..

sila lihat ini lah abah mertua saya......rajin kan....

pak mertua korang pernah buat macam ni tak kat menantu..?..tak pernah kan....tp saya pernah....hahahaaaa...

Wednesday, November 9, 2011

yer memang saya tengah marah

Salam….hye….

Tajuk entry kali ini mmg saya tengah marah dan sakit hati… apa tidaknya perkara yang saya amanahkan untuk dimaklumkan tidak diberitahu..giler…!!!! yang kena maki semua saya…makin berat beban yang saya kena hadapi…arghhh stress…

Tak tahu lagi nak cakap macam mana … biler naik ajer no tu malas dah nak jawap call tu…bengang sangat…sebab dia jugak la segelintir orang dapat malapetaka…kalau tak dapat nak buat maklum kan lah..tak perlu saya jadi macam orang bodoh tunggu…

Tapi saya cakap macam mana pun saya kena hadapi jugak orang macam tu…nak buat mcam mana…walauapa pun terjadi benda dah berlaku dan saya jadikan perkara itu sebagai iktibar dan pengajaran menyebabkan saya kena berhati hati dan fikir dulu saya nak minta tolong dia atau tidak… selagi saya boleh buat sendiri saya akan buat sendiri….

Ok la kawan kawan , entry ni tak boleh nak panjang panjang sebab hati saya masih membara lagi….sampai ketemu di lain entry …selamat membaca…

Hug n Kisses

Farah Waheeda Abu Hanipah

Ps---à> tekanan perasaan menyebabkan saya dalam keadaan murung sekarang..arghhhhhh
inilah pengubat segala keperitan saya....pea sayang
saya suka senyuman dia...


Saturday, November 5, 2011

PeA Dan SayA -ParT 2

SaLAm….HyE..Berjumpa lagi kite …

Apa ek nak cerite hari ni, buntu tak ada idea nak taip apa tambah tambah time nie pea tengah panjat badan saya…(dah tak mampu nak marah lagi)..

Sebenarnya pea sekarang dah masuk 8 bulan(lagi 3 hari)…yeahhh pea dah besar…satu lagi pea nak tumbuh gigi….warghhhh syoknya saya…

Tapi agak kesian sebab masa tu dia nangis tertongeng-tongeng…kesian sangat… tak sampai hati tengok dia macam tu….ramai orang saya call nak tanya baby kalau tumbuh gigi memang nangis ker…? Dorang cakap kadang ada sampai demam….owhh no….tak mau pea demam sebab kalau dia demam lagi susah.. (pea kena sihat selalu tau)

Dipendekkan cerite, adik ipar saya seorang pharmacist..saya call dan tanya pasal baby tumbuh gigi .. dan dia cakap mmg macam tu …akan demam dan merengek…ya allah saya tak dapat bayangkan macam mana sakitnya dia sebab dia baby …dan masih kecik nak kena tangung sakit macam tu… alangkan saya yang dah tua kalau tumbuh gigi bongsu boleh demam ini kan pea..(sian pea)

Yang pasti masa dia nangis tu saya peluk dia kuat kuat supaya dia rasa saya ada dengan dia dan tenangkan dia..yerrr sangat berkesan sebab masa dalam pelukan saya pea diam dan tak nangis tapi cuma tersedu sedu sahaja..banyak kali saya cium pipi dia….sayang sangat tengok muka dia…poor litke sofea..

pea sedang leka main dengan musical piano dia..

Perkara tu cuma berlanjutan hanya dua hari ajer..syukur!!!!! tak lama sebab bile kenangkan dia nangis macam tu saya tak keruan ..

Tapi kan pea itu tanda anak ibu dah besar .. sekarang nie saya dah terasa tajam gigi dia …owhh comel ..pea akan jadi cam tupai … budak gigi dua batang..tak sabar nak tunggu tapi pea kena sayang ibu tau tak mau la gigit nyenyen ibu sakit….nanti ibu pok pok muntut pea…

Masa saya tengah tengah taip pea tengah tengok apa yang saya buat nie…pea sayang ibu senang sangat pea selalu ada dengan ibu.. ibu selalu doa supaya pea jadi seorang gadis yang membesar dengan nilai nilai murni dalam diri dan kehidupan…aminnn…moga saya dapat mendidik dia menjadi seorang manusia yang berguna … insya allah …..

Ok la kawan –kawan sampai sini dulu la kisah saya dan pea nanti ada kelapangan saya update lagi yer…

Jumpa lagi…

Hug n kisses…

Farah waheeda abu hanipah

Ps---à>mode tengah happy sebab tak lama lagi nak amik kunci umah baru..hip hip horray…(lompat)

Tuesday, November 1, 2011

Sebahagian Kisah Saya dan Pea

Assalammualaikum dan hai …

Lama kan saya tak update blog saya,,, dah setahun pun dan anak saya pun dah nak masuk 8 bulan…Pea dah besar… dan semenjak itu juga la saya makinnnnn sibuk…kerja dah makin lewat saya siapkan (sori bos)…. Saya sedang cuba untuk siapkan awal lepas nie.. mana taknya pea makin lasak dan perlukan penjagaan rapi .. rapi rapi saya pun benjol sana sini kepala pea..hahaaaa..

Saya nak ucapkan Terima Kasih saya yang tak terhingga pada sepupu saya yang selalu jgk minta saya update blog saya ni..jawapan saya “nanti nanti la…sibuk sekarang…heheee…” saya sungguh tak sangka dia support saya sampai cam tu sekali …dan tak sangka dia akan buka blog saya ….Tq najwa ..luv u…

Hmmm nak cerita pasal pea… pea skg hampir 8 bulan… pastu makin lasak dan sering kali buat saya marah dan bertempik……”pea!!!!!!!!!! Duduk diam diam la….”…”pea Jgn la lasak sangat….”…pea….ibu kena marah dgn atuk dan tok “the hari nie…”pea…bla bla bla….” Yeaaahhhh itu dia yang saya sering jeritkan….penattttttt….? sangat sangat penat…makin besar pea, makin tinggi jeritan saya untuk pea,.,,…

Huhhh..kalau nak cerite bab makan..pea agak susah untuk makan nasi aka bubur…mungkin sebab ibu tak pandai buat bubur…heheee…dan pea makin susut saya rasa disebabkan dia makin active..syukur dia sihat…orang cakap biar dia active tanda dia sihat … dan itu sebab juga ibu makin tension dan stress …tido cukup jgn harap la nak dapat lagi …. Tengah malam dah kena bangun utuk bagi susu kat dia…. Tapi nasib dia tak ajak main nyorok nyorok…kalau dia ajak main kejar kejar dia…confirm tgh malam NPARK condo ni bergegar dengar suara saya….Pea,..pea….pea….

Ok yer sampai sini dulu…nanti kalau ada cerite lain saya akan update….saya akan cuba jugak luangkan masa untuk update blog saya nie…yeahh



masa ni pea baru sehari dan pertama kali balik alor setar...masa ni umur dia baru nak masuk 3 bulan


~~~hug n kisses~~~

Farah waheeda Abu hanipah

Ps--à> atuk cakap atuk ada baby baru….zara baby…pea atuk dah tak sayang….warghhhhhhh…sian pea…….heheeee….

….