Wednesday, November 16, 2011

Berdua Bersatu

Berdua Bersatu - Forteen

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

Salam….Hye kawan kawan… korang sure pernah dengar lagu ni kan….kat Hotfm kat Era.fm…kat Suria fm dan kat Kedah fm serta mutiara fm(radia rtm Pulau pinang)…saya rasa lagu ini tengah popular untuk didengar tapi bukan untuk dihayati… untuk dengar memang saya akui lagu nie agak best dan kalau saya dengar radio kat umah mesti jerit jerit dengan pea…sebab tang corus tu best…

Lagu berdua bersatu mungkin jadi siulan bagi mereka yang sedang kemaruk dan hangat bercinta … tapi korang kena baca betul betul lirik ini …fahami lirik ini….contoh “jika dengan mu salah,ku tak mahu yang benar””jika dengan mu rebah biarla ku tercalar”…dalam konteks ni si pasangan sanggup menerima kesilapan pasangan masing masing ..tapi kalau dalam situasi saya la even dalam masa bercinta dulu saya nak segala yang benar benar….korang nak ker kalau bf korang cakap tipu ngan korang….janji macam macam tapi satu apa pun tak buat…sure semua orang tak nak kan… …bagi saya la kan sori memang tak boleh accept…!!!!! Even saya yang dah kahwin nie pun kalau buat salah suami saya tegur dan siap kena marah lagi saya….warghhhhh….ini menunjukkan bahawa kalau kite buat salah pasangan kena tegur tapi bukan redha dan terima kesalahan itu…sebab makan dalam nanti….

Cinta itu buta bagi yang memang tak mengerti maksudnya Cinta…Buta macam mana pun cinta tu semua orang nak yang sempurna sebab kesempurnaan itu lah yang dapat membahagiakan kehidupan….

saya akui saya pun pernah gak bercinta…tapi saya rasa saya agak cerdik jgk la masa tu … bagi kawan kawan pembaca sekalian korang pun kalau dalam bercinta kena la hati hati dengan janji pasangan korang…sebab selagi korang(gurl) belum jadi milik dorang(lelaki)…memang semuanya indah dan kalau boleh nak petik bintang tu jadi hiasan dulang hantaran…setiap janji dorang(lelaki) korang(gurl) boleh pegang tapi jangan telan bulat bulat sebab itu kadang mungkin dusta…sehebat mana pun janji lelaki tu korang kena dan perlu berhati hati….sebab masa bercinta memang manis .... masa bercinta cela semua tak nampak…..cuba masuk tahun ketiga perkahwinan semua perangai keluar….masa tu korang nak marah dah payah sebab masa pasangan buat salah dulu tak tegur dan pakai terima ajer…so akibatnya berlakula pergolakkan dalam hubungan(ya allah minta jauh..amin)…

saya rasa mcam dah ketandusan idea la pulak nak cakap apa …masa mula mula dengar dan baca lirik lagu ni banyak rasa idea nak dicurahkan tapi tetiba pulak macam buntu tapi mungkin sebab pea tengah jerit minta susu ini…

ok lah kawan pembaca sekalian….jumpa lagi dilain entry…..salam….

hug n kisses

farah waheeda abu hanipah

ps>>>>teringat zaman muda muda dulu … hahaaa…peace…..

3 comments:

a.n.i.a.a.m.u.r.a.h.a.b.b.l.o.g.s.p.o.t. said...

kak.. saya sgt memahami penyampaian anda. saya rasa saya semakin faham dengan ape yg kak tulis. tq sbb bg idea tok solve prob saya.. hug n kiss kat pea shomel..

a.n.i.a.a.m.u.r.a.h.a.b.b.l.o.g.s.p.o.t. said...

kak..kite share akak nye blog kat blog kite k...

PahlaviFarah said...

tq sweet gurl.......tq sebab baca blog akak.....